SIMPANAN EMAS DAN PERAK

SIMPANAN EMAS DAN PERAK



Pengenalan
-Sejarah penggunaan emas dalam kehidupan memang lama-hampir seusia dengan sejarah manusia sendiri
-Selepas kejatuhan ekonomi,baru ramai yang sedar di sebalik kejatuhan yang tidak diduga rupa-rupanya ada benda yang  tidak tergugat iaitu emas
-Negara yang mempunyai rizab emas yang banyak,ekonominya dapat diselamatkan dengan lebih pantas
Mengapa Emas mahal?
-Biasanya sesuatu barang menjadi mahal kerana 2 sebab utama,iaitu sama ada kerana ianya sedikit ataupun kerana ianya mempunyai banyak kelebihan.Emas memiliki kedua-dua ciri ini.
-Permintaan melebihi penawaran
-Suasana politik,bencana alam,kenaikan harga komoditi terutamanya minyak-mampu member kesan kepada harga emas
-Faktor utama ialah kenaikan kadar inflasi.Inflasi secara mudah membawa maksud penyusutan nilai wang.Kesan inflasi dapat diperhatikan pada kenaikan harga barang.Kesan inflasi menyebabkan wang fiat yang disimpan semakin menurun nilainya.

Wang fiat
Wang digunakan sebagai medium pertukaran.
Wang kertas yang kita gunakan dalam urusan jual beli seharian dikenali sebagai wang fiat.Wang fiat bermakna wang yang hanya mempunyai nilai muka,tetapi tidak ada nilai intrinsik.Nilai intrinsik bermaksud nilai sebenar sesuatu benda.Nilai muka pula bermaksdu nilai yang tertera pada wang kertas itu.
Pada hakikatnya kertas wang itu sendiri tidak mempunyai apa-apa nilai.mungkin hanya lebih kurang satu sen sahaja.
Wang fiat dicipta oleh pihak bank melalui system Fractional reserved banking.Ia dihasilkan tanpa disandarkan pada sebarang aset berharga
Tambatlah nilai menggunakan emas kerana nilainya tidak jatuh.
APAKAH KEISTIMEWAAN EMAS?
1.Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik.Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
2.Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga
3.Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.
4.Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya
5.Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi
6.Mudah untuk menukarkan kepada duit
7.Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya.
“Emas tidak boleh membuatkan anda kaya dengan serta merta tetapi ia boleh mengelakkan anda dari terus miskin”

SEBAB APA PERLU SIMPAN EMAS?
1.Nilai wang semakin jatuh
Wang mengalami susut nilai..amat rugi simpan wang kertas..ditambah inflasi..semakin lama semakin byk wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg..(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak..inilah cth paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)
2.Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang
Pelaburan yang amat selamat..tk buat apa-apa pun hrganya naik..simpan di ASB hnya dpt 8% dividen..tolak inflasi..tidak ada apa yg tinggal..kenaikan hrga emas 20%-36% setahun..
3.Emas adalah aset yg mudah cair
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampu tebus sekaligus-harta tak luak,duit dapat
4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.
5.Pelindung kekayaan
Emas bernilai utk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yg baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.
6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan
Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.
Keistimewaan  perak ( silver)
1.Bekalan global perak hanya boleh didapati 30 ribu juta di mana 1/5 daripada bekalan emas dunia
2.Permintaan industri dan permintaan utk pelaburan menyebabkan bekalan berkurangan
3. Harganya meningkat lebih pantas dari logam berharga yang lain
4. Perak meningkat 280% dlm msa 8 tahun
5. Pulangan pelaburan yang tinggi
6.Risiko yg minimum kerana perak adalah aset yg berharga dan tidak akan menjadi sesuatu yg tdk bernilai
7.Berharga untuk selama-lamanya
8.Pelindung kekayaan
9.Kalis inflasi
Kenapa kita perlu membeli emas atau perak?
1.  Emas dan perak mempunyai nilai intrinsik.
Emas dan perak tidak seperti duit kertas yang hanya mempunyai nilai disebabkan keyakinan anda sahaja. Tahukan anda berapa kos mencetak duit kertas RM50 dll? 30 sen? 20sen?
Bank-bank pusat senantiasa menganggap emas sebagai duit tetapi masih ramai pelabur masakini menganggap emas hanyalah komoditi biasa. Pada akhir tahun 2009, emas sekali lagi menjadi matawang setelah bank-bank pusat dunia termasuk bank pusat China, India dan Russia menjadi pembeli emas setelah hampir 20 tahun. Dan dipercayai bahawa bank-bank pusat tersebut sedang bersiap sedia untuk mengembalikan sistem matawang yang bersandarkan emas (Gold standard).
2.  Harga emas dan perak masih murah.
Sekiranya harga emas dan perak dikira berdasarkan keadaan inflasi sekarang harga emas berada pada paras USD2300 – 5000 dan harga perak pula pada paras USD150-300.
Boleh dikatakan hanya 1.5% daripada jumlah aset seluruh dunia disimpan dalam bentuk emas. Dengan hanya 1.5% daripada jumlah aset harga emas sudah pun USD1474,bayangkan sekiranya jumlah tersebut meningkat ke 10% atau 20%?
3.  Emas dan perak tidak boleh dicetak sebagaimana matawang kertas.
Yang peliknya apabila matawang dicetak tanpa kebenaran kerajaan ianya dikira wang palsu, akan tetapi apabila ia dicetak dengan kebenaran kerajaan ia adalah duit yang sah sekalipun kualiti kedua-duanya hampir sama.
4.  Index USD dan kuasa membeli dollar semakin jatuh.
Gambarajah di atas menunjukkan semakin rendah index dollar semakin tinggi harga emas.
5.  Dapat menyelamatkan kewangan daripada kesan inflasi.
Kuasa membeli dollar Amerika menurun dari USD1 kepada USD0.02. Ini bermakna kuasa membeli dollar sudah hilang lebih daripada 96%.
Kaitan dollar Amerika dengan matawang ringgit.
Banyak yang tidak mengetahui kaitan antara dollar dengan RM. Perkaitannya amat mudah sekali kerana matawang ringgit merupakan matawang yang dipanggil basket currency yang mana RM di back up dengan USD, Euro, renmimbi dll. Sekiranya dollar jatuh, secara tidak langsung nilai matawang ringgit juga akan jatuh.
Pernahkah anda melihat atau mendengar tentang Amero?
Sudah tentu tidak bukan. Amero merupakan matawang kesatuan amerika utara yang terdiri daripada US, Canada dan Mexico. Tujuan matawang tersebut ialah untuk memudahkan urusan ekonomi antara ketiga-tiga negara. Buat masa sekarang Amerika mungkin tidak menunjukkan minat kepada matawang tersebut akan tetapi apabila index dollar jatuh menjunam sudah pastinya amerika akan menggunakan matawang Amero.
Matawang Amero ini dicetak oleh Federal Reserve dan percetakannya adalah dikatakan berpunca daripada penyingkiran USD sebagai matawang simpanan dan urusan jual beli antarabangsa yang mana akan menjadi lebih teruk tidak lama lagi disebabkan oleh percetakan dollar tanpa di back up dengan emas.
Persoalan yang timbul sekarang ialah bilakah kita akan melihat Amero sebagai matawang rasmi Amerika dan Amerika Utara? Tahun ini 2012, ataupun tahun hadapan??!

Kenapa harga emas akan terus meningkat?
a) Polisi kewangan US yang membawa kepada inflasi, polisi fiskal US yang tidak rasional, hutang US yang tinggi dan kejatuhan nilai dolar kesemuanya menyumbang kepada meningkatnya inflasi di US. Meningkatnya inflasi membawa kepada meningkatnya harga emas.
Hutang terkini US ialah USD14.311 trillion dan siling hutang US ialah USD14.294 trillion. Ini bermakna hutang kerajaan US sudah pun melebihi had yang dibenarkan. US sebenarnya sudah bankrap!!!!. Tapi kenapa US belum lagi diisytiharkan bankrap?!! Ini kerana, jumlah yang dikira layak untuk diisytiharkan bankrap ialah jumlah hutang sebenar ( public debt ) sehingga hari ini berjumlah USD 14.24 trillion.
Menurut Geithner, Setiausaha Kewangan US, US mempunyai beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengelakkan negara itu daripada bankrap sehingga 8 Julai 2011. Sekiranya langkah-langkah tersebut gagal, US akan menggunakan senjatanya yang  terakhir iaitu dengan meningkatkan lagi siling hutang.Ini secara tidak langsung akan menyebabkan harga emas dan perak melonjak tinggi.
Gambarajah di atas menunjukkan hutang US dari tahun 1939 sehingga tahun 2015. Peningkatan hutang adalah secara parabolik.Tidak hairanlah sekiranya harga emas dan perak juga akan meningkat secara parabolik.
b) Tidak ada jalan penyelesaian yang mudah atau cepat di dalam krisis ekonomi negara-negara Eropah.
c) Minat orang di negara China terhadap perhiasan dan pelaburan emas semakin meningkat dan keadaan ini akan berterusan dengan berkembangnya ekonomi, peningkatan kadar pendapatan individu, kebimbangan terhadap inflasi dan juga polisi kerajaan China yang menggalakkan rakyatnya membeli emas.
d) Meningkatnya keperluan emas jangkamasa panjang di India dan China.
e) Meningkatnya minat bank-bank pusat dunia terhadap emas sebagai simpanan berbanding dollar US.
f) Pengeluaran emas dari lombong yang sedikit ataupun statik untuk jangkamasa 5 tahun mendatang. Negara-negara pengeluar emas seperti China dan Russia menyerap lebih banyak hasil pengeluaran emas mereka berbanding tahun sebelumnya untuk memenuhi keperluan dalam negara.
g) Harga emas dan perak masih rendah berbanding dengan harga sebenar berdasarkan inflasi. Sebagaimana yang diterangkan di atas harga emas USD2300 paling rendah dan perak USD150. Oleh itu, harga kedua-dua komoditi tersebut masih mempunyai potensi untuk naik sehingga harga tersebut. Sekiranya US mencetak sekali lagi duit dollar pada tahun ini, nescaya harga emas dan perak berdasarkan inflasi akan meningkat lagi.
Jumlah peratusan keuntungan masih jauh. Berbanding dahulu hutang negara US hanyalah lebih kurang 1.5 trillion dan kuasa membeli dollar US adalah 10 kali ganda lebih besar daripada sekarang. Jadi emas dan perak masih  mempunyai potensi yang cukup besar untuk sampai ke kemuncak harga yang lebih tinggi.
Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menyimpan di dalam emas dan perak ialah :
  1. Margin yang rendah.
  2. Jual dan beli semula.
  3. Kualiti komoditi. Preferably 999.9
  4. Syarikat yang besar dan kukuh.
  5. Mudah didapati.
  6. Khidmat menyimpan.
Terdapat pelbagai syarikat atau institusi yang menawarkan pelaburan emas dan perak ini. Antara institusi-institusi tersebut ialah:
1.Bank Negara Malaysia                                          –Kijang Emas
2.Maybank Bhd                                                           –Kijang Emas
3.Public  Gold Marketing Sdn Bhd               – Public Gold bar,Public Dinar,
Public Jewellery, i-series
4.Gold Crest Pavillion (GCP)                                  – Gold bar,Brg Kemas 999,Dinar
999
5.Kelantan Gold Trade Sdn Bhd                             – Dinar Kelantan (KGT)
6.UOB Bank                                                            -Canadian Gold Maple Leaf,Swiss Kinebar,etc
7.Kuwait Finance House                                         -Gold Accout –i
8.Habib Jewel                                                          – Pamp Suisse Gold Bar
9. Poh Kong                                                             -Bunga Raya Gold Bar
10.GSR                                                                     – emas dan silver coin/bar
11.Tomei                                                                  -gold bar klcc
12. Alliance gold                                                      -alliance gold bar
13.Sinar Gold                                                           -barang kemas
14.Amsyik Gold                                                       – dinar,brg kemas,dirham
15.Sri Ayu                                                                -dinar,bar,barang kemas

Jenis –jenis emas
1.Barang kemas  2. Bar   3.syiling emas  4.dinar    5.Nugget emas


Gred emas
24k  – 999      23k-950      22k – 916               18k-750             14k -583             10k -417               9k -375
Harga barang kemas di Malaysia boleh disemak di web :fgjam (susut nilai =25%).Rujuk sini :http://www.fgjam.org.my/
Perancangan Sebelum Menyimpan
1.Membuat Analisis dasar dan teknikal
i. Analisis dasar (analisis fundamental) dan Analisis Teknikal
-analisis Penawaran dan permintaan
-trend pergerakan harga,pengaruh ekonomi dan pasaran,trend pasaran emas,pegangan emas oleh sesebuah Negara,bank2 pusat dan sebagainya,boleh rujuk World Gold Council (WGC) mengenai trend yang disebut yang dikeluarkan oleh WGC dalam laporan bertajuk Gold Investment Digest – www.gold.org
ii.Harga pasaran semasa dan sejarahnya
Boleh rujuk di www.kitco.com
iii.Senario Global
iv.Keadaan ekonomi dan kewangan
2.Menetapkan Matlamat
3.Membuat perancangan simpanan emas yang munasabah
4.Menyediakan rekod catatan
5.Menyusun strategi
6.Berdisiplin

Empat Jenis Pembeli :
1.Membeli semasa harga emas tinggi
2.Membeli semasa harga emas rendah
3.Membeli kerana orang lain beli
4.Membeli kerana ada ilmu tentang emas





Kredit to : www.jutawangold.com

mannlegacy

Saya adalah insan biasa yang ingin berkongsi tentang emas dan perak disamping tentang pengurusan kewangan, agar dapat membantu orang lain. Saya merupakan seorang guru dan murid. Pengajian tertinggi adalah Di Universiti Al-Azhar dalam Bidang Syariah Islamiah.

No comments:

Post a Comment

KEMPEN SIMPAN EMAS

KEMPEN SIMPAN EMAS