SOALAN LAZIM


Kenapa mesti beli emas PowerGold ?

Emas yang anda beli dapat pegang dan bawa balik simpan.Sama seperti membeli emas di kedai emas.berbezanya Power GOld ialah kami menawarkan emas dalam bentuk dinar dan bar dari sekecil-kecil 1 gram hingga 100gram.


Kempen Beli 1 Gram 1 Bulan.

Kami tegaskan kami bukan skim cepat kaya.Ini ialah kempen kesedaran "Celik Emas" dan memupuk sikap menabung / simpanan.Ini ialah plan simpanan untuk jangka masa panjang.Tidak ada sesiapa yang melarang sekiranya anda ingin beli lebih dari 1 gram,kami ada rangkaian syiling 0.5 gram, suku dinar,1 dinar,2 dinar dan 100gram.Bagi yang tidak mampu tidak semestinya diwajibkan satu bulan 1 gram,Ikut masing-masing nak beli bila.

Macam mana nak beli ?

Kami menjual emas secara online, anda perlu order dengan kami dengan menyatakan Nama produk, jenis, dan berat. Setelah harga dipersetujui dan tempoh penghantaran juga dipersetujui, anda bank in duit kedalam akaun kami, serta merta kami akan melakukan proses penghantaran kepada anda. Tempoh pengeposan kebiasaannya ialah 3 hari bekerja bagi semenanjung Malaysia. 


Beli emas ni dapat untung cepat ke?


Bagus kalau begitu fikiran anda.sila masuk skim cepat miskin,pelaburan saham tanpa sahihnya...almaklumlah duduk diam-diam dapat duit. Emas tidak boleh buat anda kaya serta merta tapi pelindung kekayaan anda.

Kalau simpan emas sendiri tak takut hilang ata dicuri ke nanti?

Apa jenis barang pun boleh hilang dan dicuri kalau tidak dijaga.Senaraikan barangan berharga anda selain handphone ribuan ringgit yang anda letak merata-rata di rumah.Kita sendiri la kena menjaga. Setiap risiko pasti ada cara mengatasinya dan minimumkan potensi risiko tersebut.kalau simpan bar emas dan dinar seberat 100gram sebenarnya sangat mudah disimpan.Nilanya saja sudah mencecah RM20000,tapi kalau simpan dikocek pun belum tentu orang perasan sebab saiz yang comel. Kalau ada berkilo-kilo emas boleh la disimpan di safe deposit bank yang banyak menawarkan kadar sewaan rendah "peace of mind".

No comments:

Post a Comment

KEMPEN SIMPAN EMAS

KEMPEN SIMPAN EMAS