HUKUM : Pembelian Emas Secara Ansuran

Assalamualaikum w.b.t. .
Sedikit perkongsian berkenaan isu emas. .

PEMBELIAN EMAS SECARA ANSURAN





ISU :

Terdapat syarikat penjualan emas yang menawarkan pembelian emas (bar, syiling dan barang kemas) dan membenarkan pembayaran secara ansuran iaitu sebanyak 4 kali dalam masa 4 bulan. Penetapan harga dilakukan terlebih dahulu dan harga tersebut adalah tetap walaupun harga emas akan naik atau turun selepas itu. Caj perkhidmatan dikenakan sebanyak 0.5% daripada harga belian tersebut. Emas tersebut hanya boleh diambil oleh pembeli selepas keseluruhan harga belian termasuk caj perkhidmatan diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh 4 bulan atau lebih awal daripada itu. Adakah perkara ini melanggar syarak?

PENJELASAN:

Penelitian terhadap kaedah pembayaran tersebut yang secara ansuran mendapati ia tidak bertepatan dengan syarak kerana wujud unsur penangguhan serahan dalam pembelian emas tersebut. Ini kerana akad pembelian telah berlaku ketika pembayaran pertama dibuat, dengan harga semasa pada waktu tersebut atau dengan harga yang disepakati, tetapi berlaku penangguhan dari dua aspek:

1) Penangguhan sebahagian harga emas.
Ini kerana di dalam contoh di atas, jika pembayaran pertama dibuat ketika pembelian dan yang selebihnya dibuat secara ansuran, maka sebahagian daripada harga emas dibayar secara bertangguh. Jika sekiranya pembayaran pertama juga dibayar secara ansuran, maka keseluruhan harga emas adalah bertangguh, dan situasi ini adalah lebih bermasalah.

2) Penangguhan penyerahan emas.
Ini kerana emas tidak diserahkan kepada pembeli sehingga penyelesaian pembayaran untuk kesemua harga emas dilakukan.

Justeru, pelan pembayaran sebegini adalah tidak bertepatan dengan syarak kerana ada unsur penangguhan kedua-dua item (emas dan harga emas) yang boleh mengheret kepada isu ‘Bai al-Kaali bi al-Kaali’.

Pelan pembayaran ini menyalahi Parameter Pelaburan Emas yang diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011:

Parameter No.15
menyebut: “Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas”.

Parameter No. 16

menyebut: “Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran”.


Walau bagaimanapun, pelan pembelian emas seperti di atas boleh diIslamisasikan dengan menjadikan pembayaran secara empat kali sebagai simpanan amanah, dengan syarat akad jual beli masih tidak boleh dimeterai. Apabila pembayaran terakhir dibuat dan jumlahnya mencukupi harga emas, barulah dimeterai akad jual beli emas dengan harga yang dipersetujui sebelum itu.  Dalam hal ini, apabila 'bayaran' penuh dibuat, pembeli hendaklah diberikan hak penuh sebagai pembeli samada untuk meneruskannya atau tidak.

Wallahu A’lam.


http://www.e-fatwa.gov.my/blog/pembelian-emas-secara-ansuran

Boleh Rujuk Fatwa Jakim. .



Ulasan Penulis:

Mcm tu juga dgn kutu emas. .lebih elok dibuat kutu cash, seperti kita simpan duit tu. . kemudian diserahkan kembali kepada player samada untuk membeli emas atau mahu semula cash td. .

Waallahu A'lam. .


Salman & Aisyah
Stokis @ Powergold
Cheras, Selangor

mannlegacy

Saya adalah insan biasa yang ingin berkongsi tentang emas dan perak disamping tentang pengurusan kewangan, agar dapat membantu orang lain. Saya merupakan seorang guru dan murid. Pengajian tertinggi adalah Di Universiti Al-Azhar dalam Bidang Syariah Islamiah.

No comments:

Post a Comment

KEMPEN SIMPAN EMAS

KEMPEN SIMPAN EMAS