MENYIMPAN MASA HADAPAN DENGAN EMAS

*Menyimpan Masa Depan*

Bagaimana anda menyimpan masa depan? Adakah hanya dengan EMAS yang anda boleh menyimpan masa depan? Apa sebenarnya matlamat kita dalam menyimpan untuk masa depan?

Apa yang nampak serabut, sebenarnya amat mudah. Tapi untuk memahaminya adalah sukar dan mencabar, kerana apa yang kita usahakan dan lalui sekarang sudah sebati dengan hidup kita dan agak sukar untuk mengubahnya, melainkan anda benar-benar bersedia untuk berubah

Apa yang admin maksudkan?
Anda dah biasa dengan LOAN (Pinjaman) bukan? Pinjaman bukanlah sesuatu yang TIDAK BAIK, malah ia digalakkan untuk membantu mereka yang memerlukan, mengubah nasib dan meningkatkan potensi diri

Tapi, tanpa tadbir urus yang baik, sesuatu pinjaman itu boleh menjadikan kita semakin tenggelam dengan masalah, lebih-lebih lagi jika digunakan pinjaman berkenaan untuk MELABUR di dalam skim-skim yang tidak sah disisi undang-undang, dan memodalkan perniagaan yang menawarkan pulangan goyang kaki kepada kita, tidak kurang jika wang berkenaan dibelanjakan kepada sesuatu yang sia-sia

Dalam keadaan ini sudah pasti kita akan kurang keupayaan untuk menyimpan. Bagi yang bijak, mungkin mereka telah melaburkan sebahagian wang pinjaman mereka untuk dijadikan aset, namun tanpa kesedaran akan potensi aset tersebut pada masa akan datang, dan bagaimana untuk menguruskannya, ia akan jadi sia-sia juga

Oleh itu, bagaimana kita boleh menyimpan masa depan, dan apa kaitannya dengan EMAS?

Tidak kira siapa anda, dan apa kondisi kewangan anda sekarang, anda sudah boleh memulakan langkah untuk menyimpan masa depan anda dan mereka yang tersayang.

EMAS merupakan aset yang mudah alih, mudah dicairkan, dan amat berharga. Ia kini mudah didapati dan mudah untuk diuruskan, seperti mana yang admin telah tunjukkan di dalam group @rakantce

Namun zaman ini, EMAS dimanipulasi sebagai alat mendapatkan WANG. Walaupun pendekatannya membolehkan mereka yang mengikutinya kaya raya, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya

Menyimpan masa depan dengan EMAS adalah untuk membolehkan seseorang individu itu untuk:

1. Mengeluarkan diri dan keluarga dari skim pinjaman BANK

2. Membolehkan diri dan keluarga mempunyai kaedah memperoleh WANG TAMBAHAN / PINJAMAN sekiranya diperlukan

3. Mewariskan dua kebolehan diatas kepada generasi akan datang

Apabila anda menyimpan untuk masa depan, anda sebenarnya sedang membina aset kewangan yang mampu anda gunakan untuk keluarga anda apabila ia diperlukan

Sebagai contoh, dari awal kelahiran anak, anda menyimpan 1g EMAS setahun pada hari jadi anak sehingga umurnya mencecah 18 tahun, ini bermakna anak anda telah mewarisi 18g EMAS dari anda, dan bila tiba masa untuk anak tersebut melanjutkan pelajaran, EMAS tadi boleh digunakan untuk membiayai kos pengajian tersebut.

Apa yang lebih penting, anda juga mewariskan kaedah yang sama, iaitu simpanan 1g setahun kepada anak anda untuk diamalkan dari mula dia mempunyai pendapatan sendiri kelak

Contoh lain, anda seorang peniaga jalanan, dan dari hasil keuntungan bersih yang anda terima setiap kali anda berniaga, anda membeli dari 0.5g ke 1g setiap kali mendapat keuntungan.

Sekiranya ini berlaku dalam tempoh 3 kali seminggu misalnya, anda sudah mengumpul 6g ke 12g sebulan dengan hanya mendisiplinkan diri mengasingkan sebahagian keuntungan.

Jika sebulan boleh dikumpulkan 6g ke  12g, bagaimana dengan setahun? Sudah tentu kelak apabila anda mahu meluaskan perniagaan, anda tidak perlu ke BANK untuk mengambil pinjaman, sebaliknya anda boleh menggunakan EMAS yang anda miliki untuk menambah MODAL dan memperbaiki perniagaan anda

Contoh seterusnya, anda sebagai penjawat awam mungkin mempunyai pendapatan yang terhad, namun anda berusaha untuk menyimpan EMAS sekadar mampu berdasarkan disiplin 10% dari pendapatan bersih anda.

Sekiranya gaji bersih anda RM1500 maka 10% bersamaan RM150, dan anda gunakan wang ini untuk ditukarkan kepada EMAS.
Dengan kefahaman ini juga, anda tidak melanggan mana-mana skim pelaburan atau insuran yang berkemungkinan menjadi beban.

Anda turut menukarkan wang yang sepatutnya digunakan untuk tujuan pelaburan dan insuran itu kepada EMAS, bermakna bila cukup untuk diri anda, anda akan kembangkan pula pada keluarga dan sanak saudara.

Akhirnya semua memiliki sejumlah EMAS mengikut syarak (dibawah nilai uruf setempat) untuk digunakan ketika berlaku sebarang kecemasan

Admin harap dengan pendedahan ini, anda mendapat idea bagaimana untuk menyimpan masa depan anda dengan EMAS

Tidak salah anda mencari pendapatan dengan menjadi EMAS sebagai alat, namun begitu berusahalah untuk menyimpan masa depan anda mulai sekarang

Usah bertangguh lagi, kerana anda sudah pun mempelajari FUNGSI EMAS, dan sudah semestinya ia tidak hanya menyendal pintu atau menjadi pemberat kertas sahaja

*Simpan Masa Depan Anda Dengan EMAS* 😊👍🏻

mannlegacy

Saya adalah insan biasa yang ingin berkongsi tentang emas dan perak disamping tentang pengurusan kewangan, agar dapat membantu orang lain. Saya merupakan seorang guru dan murid. Pengajian tertinggi adalah Di Universiti Al-Azhar dalam Bidang Syariah Islamiah.

No comments:

Post a Comment

KEMPEN SIMPAN EMAS

KEMPEN SIMPAN EMAS